Thursday, July 12, 2012

Akibat Tidak Sokong Pas dirinya @Diceraikan...


Inilah pasangan yang berasal dari Pasir Mas Kelantan yang telah menfailkan cerai talak satu di mahkamah syariah baru-baru ini. Dalam kejadian Che Hasnah Che Ahmad, 61 dan juga suaminya Yahaya Ibrahim, 78
dikatakan berselisih faham dimana Che Hasnah tidak menyokong Pas. Perkara ini ditentang oleh suaminya yang menganggap bahawa isterinya yang telah dinikahi selama 14tahun sesat. 
 
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini. - UTUSAN MALAYSIA



*JanganTersalahPilih....


@Pukul Beramai-ramai...


Ini merupakan berita yang SMM rasa agak terkenjat sedikit. apa yang dilakukan oleh mamat indon ini? kenapa sampai dipukul walaupun tangannya sudah diikat? hal ini hanya mereka yang berada ditempat kejadian sahaja yang tahu..

Nak tahu berita lebih lanjut. jom klik sini SUMBER



*TakBeraniNakKomen...

Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948 - Umum @NajibRazak



KUALA LUMPUR, 11 Juali (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta keharmonian Nasional.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.


Nak baca lebih lanjut.. jom klik sini SUMBER

@Zina - Perempuan Ditembak Mati LIVE!




Seorang anggota Taliban menembak mati seorang wanita yang dituduh berzina berhampiran Kabul, Afghanistan.


Video yang diperoleh oleh Reuters menunjukkan kumpulan Taliban menjatuhkan undang-undang ini walaupun kejadian berlaku berhampiran ibu kota Afghanistan.


Di dalam video ini, seorang lelaki berpakaian serban menghampiri seorang wanita dalam keadaan melutut dan menembak sebanyak lima kali pada jarak dekat dengan senapang automatik. Disahut dengan sorakan kegembiraan oleh penduduk yang menyaksiakn kejadian di sebuah kampung di wilayah Parwan.



"Allah memberi amaran kepada kita untuk tidak mendekati zina kerana ia adalah cara yang salah," kata lelaki yang dekat kepada penembak. "Ia adalah perintah Allah bahawa ia akan dilaksanakan" 






*HukumHududKeMacamIni??

 

Wednesday, July 11, 2012

Demo Samurai #GerakanPerihatinRakyatSelangor Di Dataran Shah Alam?



Nah! Khalid Ibrahim dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor ketar lutut nak datang Shah Alam bila tahu lebih daripada 200 orang setakat yang Keris kira tadi hadir di Dataran Shah Alam. Dengarnya ada ramai lagi yang akan datang. Mereka mewakili badan-badan NGO seperti Waris Malaya, Wira Perkasa, Bekas-bekas Askar Komando, Suara Anak Muda 1 Malaysia dan GAPS yang mewakili seluruh rakyat Selangor bagi membantah penyelewengan dan salah tadbir urus negeri di Selangor!

Nak tahu cerita lanjut... jomm klik sini SUMBER

Tarian @Bogel menu sajian utama rakyat Kedah...


Terkedu SMM seketika apabila melihat blog-blog serta facebook rakan-rakan dimana menu utama rakyat kedah sekarang "disajikan" dengan menu tarian bogel. hal ini dapat dipastikan melalui blog-blog serta kenalan SMM dimana mereka melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri kedah merupakan kerajaan yang ditakbir oleh PAS dan berunsurkan ISLAM tetapi meluluskan perkara sedemikian di negeri yang dijajah mereka.

Apa sudah terjadi kepada Kedah? Apakah yang bermain difikiran para pemimpin mereka? apakah yang dimaksudkan dengan Islam sekadar melalui mulut sahaja? atau semata-mata untuk meraih undi politik? adakah mereka berkiblatkan politik? astafirullahalazim.. nauzubillah... semoga apa yang bermain difikiran SMM tidak menjadi kenyataan...


Gambar diatas merupakan seorang gadis melayu yang didakwa bekerja di salah satu pusat hiburan tarian bogel di negeri Kedah, SMM dapat tahu perkara ini pun melalui dari lama duke. tetapi benar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu, apa pun yang terjadi diharap pihak kerajaan memantau perkara ini.



*MenggunakanIslamSekadarMeraihUndi...

Monday, July 9, 2012

@Debat Politik - Panas Telinga Sampai Keluar Pistol?!


AMMAN - Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan.


Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.



Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).



"Awak agen Mossad," kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.



Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan.



Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan.



Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu.

- SINAR HARIAN




*SelamatDebatDimalaysiaTakBawaPistol... hehehe

@Husam Sembang apa nih?!?


ANTARAPOS.COM: Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS akan membuktikan parti itu mampu melaksanakan pembangunan tanpa bantuan daripada kerajaan pusat, menambah Umno perlu belajar dari peristiwa Nabi Nuh AS, kata exconya Datuk Husam Musa.

Bercakap dalam Rapat Perdana Lebuh Raya Rakyat di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar di sini malam tadi, Husam menegaskan kerajaan negeri Kelantan telah dianaktirikan sejak 1990 terutamanya dalam soal pembangunan.

Jelas beliau, ia termasuk pembinaan Lebuh Raya Kota Bahru-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion yang ditanggung kerajaan negeri dengan bantuan rakyat negeri itu.

"Nak membina keyakinan diri inilah bahawa Kelantan boleh membebaskan diri daripada penganaktirian, diskriminasi, manipulasi, diketepikan dan diugut, kalau nak pembangunan mesti bersama Barisan Nasiona (BN).

"Kalau terus dengan PAS lebuh raya tidak ada, pelabuhan tidak ada, lapangan terbang antarabangsa tidak ada, kemudahan-kemudahan tidak ada. Saya selaku anggota kerajaan merasai penderaan itu sejak daripada 1990 baik dalam kata mahu pun tindakan kerajaan pusat khususnya dalam kes lebuh raya," kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan ini.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh diibaratkan seperti dalam peristiwa bahtera Nabi Nuh yang dihina dan diperlekeh apabila mahu membina sebuah kapal.

"Bagi Umno yang mengejek, mereka perlu ingat apa yang berlaku dalam kes bahtera Nabi Nuh, bila Nabi Nuh AS buat bahtera ramai yang skeptikal, yang negatif, yang pasif, yang tak percaya, yang perlekeh, yang menghina.

"Mereka kata Nabi Nuh bukan arkitek, apa lagi arkitek perkapalan. Macam mana nak buat kapal? Lepas itu buat kapal atas daratan, nak belayar ke mana? Dia buat kapal musim kemarau, buat apa kapal atas daratan musim kemarau? Banyak soalan-soalan itu dikemukakan dalam Facebook pada zaman Nabi Nuh AS," katanya.

Jelas beliau, daripada melayan semua kritikan itu kerajaan negeri Kelantan tetap dengan pendirian untuk meneruskan pembinaan Lebuh Raya Kota Bahru-Kuala Krai, sama seperti batera Nabi Nuh.
Tegas Husam, segala kritikan itu akan terhenti apabila pembinaan projek yang akan mengambil masa tiga tahun itu siap.

"Tapi kalau Nabi Nuh jawab satu-satu, sampai petang pun tak habis. Nabi Nuh mulakan tekad dia nak buat kapal, persoalan itu akan dijawab bila nanti kapal ini siap. Tak perlu jawab siang, kita jawab melalui tindakan bukan melalui orang yang panggil cakap-cakap kota.

"Bila kapal ini siap? Dia lagi tinggi semangat menghina umat Islam diperintah oleh dua parti untuk rakyat jelata buang air dalam kapal Nabi Nuh, sini semua kelentong sampai orang buta dipaksa naik kapal itu pergi buang air.

"Ditakdir Allah orang itu jatuh terkena Nabi Nuh, maka yang buta dapat melihat. Umno yang buta hati ini bila lebuh raya siap dan mereka lalu," katanya.

P/S : Kata Kelantan Dianaktirikan, Lepas menang selangor , makin banyak perumahan naik, makin banyak rumah urut naik, makin banyak pusat perjudian naik, itu pun di anak tirikan ke? kedah pun dah naik pusat hiburan.. itu anak kanan pulak ke? jangan nak cerita pasal Nabi kalau ilmu tak penuh didada.. 



*TepukDadaTanyaNakMakanKakiTak??

@Amuk - @Tembak menembak berlaku di Kementerian..

AMUK LELAKI DAN JUGA PASANGANNYA   



Hari ni SMM dapat satu info dari rakan-rakan serta sumber yang dipercayai dimana ada berlaku satu amukan di kawasan kementerian, dikatakan pasangan yang melakukan amuk itu melaungkan Takbir banyak kali dan juga berhasrat menggulingkan kerajaan yang sedia ada sekarang ini. 

Perkara ini dapat disahkan melalui gambar yang dapat diambil oleh orang ramai yang berada dikawasan berikut. Pasangan ini ditenteramkan oleh polis yang hadir pada ketika itu tetapi berdegil dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan dimana tembakan terpaksa dilepaskan kerana membahayakan nyawa orang lain.



Keadaan ini menyebabkan mangsa kedua-dua mengalami kecederaan dipangkal paha. Ini kemungkinan mereka berhasrat untuk mati Syahid yang mana dijanjikan Syurga oleh pihak Pas. Semoga keadaan ini tidak berulang dan janganlah berkiblatkan politik.




*Undipasmasuksyurga.....

Sunday, July 8, 2012

@Harakah undi Masuk syorgaaa...


Hari ini SMM paling suka dapat bukak satu Blog otai ini. kalau bukak je mesti ada lukisan kartun atau semacam nya didalam nya. apa pun diharapkan semoga terhibur dengan blog-blog yang semakin meninggkat di Malaysia ini. amin SUMBER

Lepas ni @Bakar rumah - @Kereta dan macam-macam!!


Betul-betul pencinta alam, laung sana sini semua nya bagitau kat anak-anak atau adik-adik anda lah pencinta alam paling berjaya! tapi bakar sana bakar situ apa kes? cukuplah dengan penipuan anda semua! SUMBER

@Abby abadi jadi calon PRU13??!?

ABBY ABADI SEWAKTU CERAMAH





Ha.... Ni yang buat SMM terkedu sedikit ni. Ada satu sumber mengatakan bahawa PRU13 nanti akan ada golongan artis yang akan bertanding merebut kerusi. ini yang paling SMM tidak suka, bukan apa tapi meluat dan jelik lah dengan perangai diaorang ni.

Cuba anda semua fikirkan, dah lah diaorang ini jadi artis , diaorang ini nak jadi pemimpin, kira semua nya diaorang jelah. Cuba lah jangan menyalahgunakan populariti yang anda ada. kalau dah jadi artis jangan nak menyibuk jadi ahli politik, bagi "can" kat orang lain yang diluar tu yang ada jiwa memimpin. nanti jangan terkejut pulak kalau tetiba pemain bola sepak jadi YB ye.

Disebabkan pihak pembangkang punya angkara lah ni. cuba renungkan kalau Perdana Menteri kita seorang artis atau seorang pemain bola sepak. bukan nak mengata mereka tidak boleh jadi tetapi fikirkan lah kalau semua nya diaorang saja nak jadi, baik tubuh negara korang sendiri! ni betul-betul SMM tak berminat! kepada artis-artis diluar sana tu , berenti jelah niat korang nak masuk bertanding dalam PRU-13! betul-betul meluat!



*taksabarnaktengokabbyjadiperdanamenteri.... :P

@Artis mana paling hot?!



Hari ini SMM terlihat satu artikal di Facebook, dimana ada satu "page" ini mengatakan siapa yang paling hot diantara mereka bertiga, Di sini SMM tidak lah ingin mengatakan siapa yang paling hot atau siapa yang paling seksi, cuma rasanya sekarang artis-artis Malaysia dah semakin berani.

Jika anda pernah melihat filem Jiwa Taiko, disitu lagi lah menunjukkan keberanian artis-artis Malaysia, cuma SMM harap akidah islam masih tersemat atau masih lagi tidak dilupakan, nak menegur rasanya siapalah SMM ini. nanti dikata "busy body" pulak.

Tapi kalau tak nak orang lain "busy body", jangan lah masuk ke tv ke, facebook ke, takdelah kiteorang pun nak "busy body". semoga anda semua dirahmati di dunia dan akhirat. amin....


*Dahmcmduduknegaraasing.....

Thursday, July 5, 2012

@Neelofa dah berpunya?!!

Neelofa Bersama Lelaki Misteri..

Ha ni yang buat SMM terkedu seketika ni, menurut dari blog yang boleh dipercayai bahawa Neelofa iaitu artis tanah air kita yang sedang meningkat telah mempunyai pasangan hidupnya.

Perkara seperti ini SMM tidak boleh memberi kesaihan cerita yang sebenar tetapi jika anda semua ingin kepastian , sama-sama lah kita cari lelaki ini. jomm...  SUMBER




*Melepaspakcikk!!!...

@Petrol di Malaysia jauh berbeza dgn negara lain...

Sedutan Harian Metro 5 Julai 2012


Hari ini SMM terkejut sedikit apabila melihat harian metro dimana petrol yang disubsidi oleh kerajaan jauh lebih tinggi berbanding negara lain di asia tenggara ini, kalau dikatakan lah oleh pihak pembangkang bahawa jika mereka menang pada pilihan raya nanti mereka akan memberikan lebih subsidi berbanding kerajaan yang sedia ada ini.

Tapi adakah itu benar? itu yang bermain di fikiran SMM, hal sedemikian kerana adakah mereka mampu untuk menambah subsidi yang sedia ada padahal apabila kita melihat negeri-negeri yang dijajah mereka pun mereka masih tidak dapat menunaikan janji-janji mereka.

Jika ia benar , buktikan kepada rakyat dahulu dan jangan memperolok-olokkan rakyat seperti mahu menawan putrajaya dahulu baru akan memberikan biasiswa percuma atau sebagainya, ini boleh diibaratkan  seperti "Meneguk di air yang keruh". 



*Cakapserupalangitdihujungjari....





Tuesday, July 3, 2012

@AzminAli = Si Tanggang??

Azmin Ali si tanggang, begitulah apa yang terjadi kepada pemimpin atau wakil rakyat dari Gombak ini, apabila Ibunya menuduh belia tidak pernah pulang ke rumah semenjak menjadi wakil rakyat, Apa yang dikatakan sama ada benar atau tidak hanya Mak Tom iaitu Ibu Azmin sahaja yang tahu. Perkara ini sudah pun lama berlalu tetapi SMM memang sengaja memaparkan semula cerita ini kerana berharap perkara ini dapat diselesaikan diantara mereka secepat mungkin...



 *simpangmalaikatmintakdijauhkan....

@ISA HARAM ATAU HALAL??!



@ISA Haram atau Halal? itulah yang sering bermain dibenak pemikiran rakyat Malaysia, adakah ia bagus untuk kita atau tidak? jika tidak mengapa? dan jika ia juga mengapa? disini SMM tidak lah menyokong mana-mana yang berkaitan, cuma ingin mengupas dan membuka pemikiran anda semua supaya menilai adakah bagus @ISA ini. sebelum kita memutuskan sama ada ia haram atau halal, kita sepatutnya mengambil langkah yang bijak dimana apa jua akta yang ada didalam negara kita ia mestilah telus dan menjamin keharmonian dan keamanan Negara.. jom kita kaji sikit pasal @ISA ini... [BACA DI SINI]

DUNIAR LUAR YANG SANGAT @TERSEKSA..

Dalam kita sibuk-sibuk hal politik, kekadang kita terlupa bahawa ada manusia yang tidak dapat mengecapi bahagia seperti yang kita alami, SMM terasa hiba apabila menonton video dibawah ini.. semoga ia dijadikan iktibar agar dijauhi kepada Negara kita.. Amin Ya Allah..



*takutkalauterjadikepadanegarasendiri....

@ANUARIBRAHIM Kantoi..

Hari ini SMM nak cerita sikit pasal video yang telah lama diupload di youtube, tapi mungkin tak ramai yang tahu berkenaan video ini, jadi jom kita ramai-ramai tengok dan lihat apa yang dikatakan kantoi terhadap bakal Perdana Menteri kita... jomm layansss...

@TIZ KENA TAMPAR...??!

TIZ KENA TAMPAR...??!


Seorang wartawan telah memberi info ditempat "kejadian" bahawa Tiz telah ditampar oleh reimy semasa mereka bercuti.

Perkara ini dapat disahkan dengan lebih lanjut.... BACA DI SINI

@HAIRIEOTHMAN DAPAT RM50K ???!!

SKALI CERAMAH DAPAT RM50K?! PATUTLAH RAKYAT KAYA RAYA


Terkedu seketika SMM dari sumber yang dipercayai bahawi si @hairieothman ini telah menerima RM50k untuk satu "job" ceramah pas pada baru-baru ini, adakah duit yang digunakan itu didapati daripada saluran yang betul? SMM tidak ingin mengata lebih lanjut kerana apa yang diberi oleh mereka hanya mereka yang tahu, sekadar untuk memberi info kepada anda semua. Diharapkan duit yang digunakan itu diberi perhatian oleh Nizar disebabkan beliau kan "penjaga" duit rakyat"? so lepas ini boleh lah pas pulak panas bontot sebab sultan pun dia boleh langgar..







*kandahkenabalik...

Monday, July 2, 2012

@PTPTN TAK GUNA! BERHUTANG PERLU KE BAYAR?!! JOM KITA LIHAT...


Minggu ni SMM sibuk skit, banyak kerja yang perlu dibuat. tapi memandangkan perlu menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, SMM gagahkan juga walaupun tiada masa untuk memasukkan sedikit artikel-artikel yang dapat membuka pemikiran masyakarat sekarang.. jom kite lihatt...

Followers