Thursday, July 12, 2012

Akibat Tidak Sokong Pas dirinya @Diceraikan...


Inilah pasangan yang berasal dari Pasir Mas Kelantan yang telah menfailkan cerai talak satu di mahkamah syariah baru-baru ini. Dalam kejadian Che Hasnah Che Ahmad, 61 dan juga suaminya Yahaya Ibrahim, 78
dikatakan berselisih faham dimana Che Hasnah tidak menyokong Pas. Perkara ini ditentang oleh suaminya yang menganggap bahawa isterinya yang telah dinikahi selama 14tahun sesat. 
 
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini. - UTUSAN MALAYSIA



*JanganTersalahPilih....


@Pukul Beramai-ramai...


Ini merupakan berita yang SMM rasa agak terkenjat sedikit. apa yang dilakukan oleh mamat indon ini? kenapa sampai dipukul walaupun tangannya sudah diikat? hal ini hanya mereka yang berada ditempat kejadian sahaja yang tahu..

Nak tahu berita lebih lanjut. jom klik sini SUMBER



*TakBeraniNakKomen...

Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948 - Umum @NajibRazak



KUALA LUMPUR, 11 Juali (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta keharmonian Nasional.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.


Nak baca lebih lanjut.. jom klik sini SUMBER

@Zina - Perempuan Ditembak Mati LIVE!




Seorang anggota Taliban menembak mati seorang wanita yang dituduh berzina berhampiran Kabul, Afghanistan.


Video yang diperoleh oleh Reuters menunjukkan kumpulan Taliban menjatuhkan undang-undang ini walaupun kejadian berlaku berhampiran ibu kota Afghanistan.


Di dalam video ini, seorang lelaki berpakaian serban menghampiri seorang wanita dalam keadaan melutut dan menembak sebanyak lima kali pada jarak dekat dengan senapang automatik. Disahut dengan sorakan kegembiraan oleh penduduk yang menyaksiakn kejadian di sebuah kampung di wilayah Parwan.



"Allah memberi amaran kepada kita untuk tidak mendekati zina kerana ia adalah cara yang salah," kata lelaki yang dekat kepada penembak. "Ia adalah perintah Allah bahawa ia akan dilaksanakan" 






*HukumHududKeMacamIni??

 

Wednesday, July 11, 2012

Demo Samurai #GerakanPerihatinRakyatSelangor Di Dataran Shah Alam?



Nah! Khalid Ibrahim dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor ketar lutut nak datang Shah Alam bila tahu lebih daripada 200 orang setakat yang Keris kira tadi hadir di Dataran Shah Alam. Dengarnya ada ramai lagi yang akan datang. Mereka mewakili badan-badan NGO seperti Waris Malaya, Wira Perkasa, Bekas-bekas Askar Komando, Suara Anak Muda 1 Malaysia dan GAPS yang mewakili seluruh rakyat Selangor bagi membantah penyelewengan dan salah tadbir urus negeri di Selangor!

Nak tahu cerita lanjut... jomm klik sini SUMBER

Tarian @Bogel menu sajian utama rakyat Kedah...


Terkedu SMM seketika apabila melihat blog-blog serta facebook rakan-rakan dimana menu utama rakyat kedah sekarang "disajikan" dengan menu tarian bogel. hal ini dapat dipastikan melalui blog-blog serta kenalan SMM dimana mereka melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri kedah merupakan kerajaan yang ditakbir oleh PAS dan berunsurkan ISLAM tetapi meluluskan perkara sedemikian di negeri yang dijajah mereka.

Apa sudah terjadi kepada Kedah? Apakah yang bermain difikiran para pemimpin mereka? apakah yang dimaksudkan dengan Islam sekadar melalui mulut sahaja? atau semata-mata untuk meraih undi politik? adakah mereka berkiblatkan politik? astafirullahalazim.. nauzubillah... semoga apa yang bermain difikiran SMM tidak menjadi kenyataan...


Gambar diatas merupakan seorang gadis melayu yang didakwa bekerja di salah satu pusat hiburan tarian bogel di negeri Kedah, SMM dapat tahu perkara ini pun melalui dari lama duke. tetapi benar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu, apa pun yang terjadi diharap pihak kerajaan memantau perkara ini.



*MenggunakanIslamSekadarMeraihUndi...

Monday, July 9, 2012

@Debat Politik - Panas Telinga Sampai Keluar Pistol?!


AMMAN - Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan.


Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.



Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).



"Awak agen Mossad," kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.



Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan.



Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan.



Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu.

- SINAR HARIAN




*SelamatDebatDimalaysiaTakBawaPistol... hehehe

Followers