Thursday, June 28, 2012

Exco Selangor Mahu @PecatFaekah - @drwanazizah Akan Diamkan @AzminAli Yang Juga Banyak Salahlaku?

 

 

 Dikhabarkan kepada SMM bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu barisna Exco Selangor telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan mereka sebulat suara agar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Cik And Faekah Husin meletakkan jawatan kerana kesalahan salah laku penggunaan letter head pejabat Menteri Besar Selangor untuk kepentingan keluarganya. Faekah dijangka akan meletakkan jawatan pada hari jumaat ini setelah mendapatkan nasihat Presiden PKR, Dr Wan Azizah.

 

 
Persoalannya, apakah selepas ini Azmin Ali juga akan disiasat tentang 20 akaun yang dijaja oleh Ummi Hafilda, Kes saham, kes moral dan kes derhaka kepada ibu? Belum masuk kes kontrak-kontrak kepada kroninya? Faekah yang salah guna surat sampai buat mesyuarat, kenapa Azmin tidak diadili sebegitu rupa?

 

 Sekarang ini Wan Azizah nampak macam menikus, tetapi agak-agak lepas Azmin buat macam-macam, rasa-rasa dia akan diam? Jika Faekah letak jawatan, apakah semua rahsia Azmin berkaitan Selangor dan PKR Selangor akan didedahkan Faekah? 


Apakah ini kemuncak kepada perbalahan yang mana peperangan dalaman PKR akan menjadi lebih teruk? Kita tunggu dan lihat. Jika SMM jadi Faekah, dedahkan sahaja siapa yang salah baru KeADILan...
SMM : "da berselerak baru nk kemas2 ekk"..

Followers